Official Website of School of Electrical System Engineering UniMAP

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat UniMAP Anjuran Pusat Islam & PPK Sistem Elektrik

Pauh Putra, 10 Julai 2015 - Pusat Islam UniMAP dengan kerjasama PPK Sistem Elektrik telah menganjurkan Program Tadarus dan Khatam al-Quran Peringkat UniMAP bersempena sambutan Ihya’ Ramadhan peringkat UniMAP 1436 H / 2015 M yang telah diakhiri dengan Majlis Khatam al-Quran bertempat di Surau Utama, Kampus tetap Ulu Pauh yang bermula sejurus Solat Jumaat Perdana.Majlis Khatam al-Quran yang merupakan penutup kepada Progam Sambutan Ihya’ Ramadhan peringkat UniMAP pada tahun ini  turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin yang menyampaikan ucapan aluan dan merasmikan majlis. Turut Hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan.

                  

Majlis ini dipimpin oleh alFadhil Ustaz Muhamad Nasirudin Aziz dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 100 muslimin dan muslimat yang terdiri dari kalangan staf dan juga pelajar. Sejurus selesai upacara khatam al-Quran, upacara penyampaian plat penghargaan kepada semua PTJ yang terlibat sepanjang Progam Sambutan Ihya’ Ramadhan peringkat UniMAP pada tahun ini turut diadakan.Plat penghargaan telah disampaikan oleh YBhg. Timbalan Naib Canselor, Dato. Prof. Dr. Zul Azhar Syed Jamal diiringi oleh Pengarah Pusat Islam, Ustaz Hassan serta Dekan PPKSE Prof Madya Dr. Mohd Fareq Malek. Sekalung penghargaan kepada jawatankuasa penganjuran Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran pada tahun ini yang diterajui oleh En. Saufi bin Ahmad dibantu oleh beberapa staf PPKSE yang lain.

    

698309
Your IP: 10.101.2.21
Server Date: 18-08-2018

Contact Us

School of Electrical Systems Engineering
Universiti Malaysia Perlis
Pauh Putra Campus
02600 Arau, Perlis
 
Phone: +604-9885601 Fax: +604-9885602

kpt baru   mqa png