Articles

Filter
  • Program Sehati Sejiwa PPKSE bersama The 3rd Force (SSSE2016)

    28 Mei, Sabtu - Sukacita dimaklumkan Program Sehati Sejiwa PPKSE bersama The 3rd Force (SSSE2016) telah dilaksanakan di Batu Balai, Kuala Krai, Kelantan dengan jayanya. Program ini merupakan Program Hari Keluarga yang berbentuk Tanggungjawab Sosial Komuniti (CSR). "Program ini juga merupakan satu usaha mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua staf melalui Hari Keluarga dan pada masa yang sama juga untuk meningkatkan penglibatan staf dalam menyumbang kepada pihak yang memerlukan terutama golongan yang kurang berkemampuan." kata Dr Haziah Abdul Hamid, Dekan PPKSE dan penaung program Sehati Sejiwa.

    Bertitik tolak dengan hasrat ini, pihak PPKSE telah berusaha untuk mengadakan kolaborasi bersama The 3rd Force berpusat di Kelantan Darul Naim. The 3rd Force ini mensasarkan golongan asnaf di sekitar Kelantan dan kini telah berkembang ke serata tanah air. Antara projek yang sedang dilaksanakan ialah penyediaan penempatan berupa rumah kediaman kepada golongan asnaf di Kuala Krai, Gua Musang dan Tumpat, Kelantan.

    Usaha ini telah membuahkan hasil di mana hasrat PPKSE telah diterima baik dan dijemput oleh The 3rd Force untuk mengadakan lawatan awal bagi perbincangan lanjut berkenaan kerjasama ini pada 4hb dan 5hb Mac 2016 yang lalu dan pihak The 3rd Force telah sudi untuk memperuntukkan slot khas kepada program SSSE PPKSE 2016 yang dijadualkan pada 28hb Mei 2016.

    OBJEKTIF PROGRAM

    1. Mengeratkan hubungan antara universiti dan komuniti setempat menerusi servis khidmat masyarakat dengan keupayaan dan kepakaran masing-masing.
    2. Memupuk kesedaran dan rasa syukur di kalangan semua staf ke arah menjadi rakyat Malaysia yang prihatin melalui pendedahan kisah-kisah masyarakat yang kurang berkemampuan.
    3. Memberi bantuan dari segi sumbangan teknikal beberapa unit Portable Emergency Uninteruptible Universal Power Supply Kit (P-2Ups Kit) oleh Pasukan EPS Kit PPKSE kepada The 3rd Force.
    4. Memberi bantuan dari segi sumbangan tenaga kerja pembersihan, pendawaian elektrik dan pempaipan oleh Pasukan CSR PPKSE di penempatan rumah kediaman asnaf yang telah dibina oleh The 3rd Force.


    PERLAKSANAAN
    Program ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
    Tempat/ Lokasi : Projek Penempatan Asnaf di Batu Balai, Kuala Krai, Kelantan
    Tempoh : 3 hari
    Tarikh : 27-29 Mei 2016
    Jumlah Staf dan keluarga : 80 orang

    "Sehubungan dengan itu, pihak PPKSE UniMAP merasakan adalah penting untuk staf-staf PPKSE terlibat dalam program ini bagi memupuk kesedaran dan rasa syukur di kalangan semua staf ke arah menjadi rakyat Malaysia yang prihatin melalui pendedahan kisah-kisah masyarakat yang kurang berkemampuan sebagai salah satu platfom memperoleh pembelajaran sepanjang hayat." ujar Dr Muhammad Mokhzaini Azizan, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni PPKSE, yang juga merupakan peneraju program Sehati Sejiwa PPKSE.

    kelantan2016 10 20160603 1106018600

    kelantan2016 3 20160603 1307678312

    kelantan2016 15 20160603 1208780638

    kelantan2016 1 20160603 1844804763

    Untuk permulaan, kumpulan penyelidik EPS-ReST yang diketuai Pn. Ami Nurul Nazifah binti Abdullah yang juga bertindak sebagai pengarah program SSSE2016 ini berhasrat menyumbang dan dalam usaha menyiapkan 1 unit Portable Emergency Uninteruptible Universal Power Supply Kit (P-2Ups Kit) yang juga dilengkapi audio sistem kepada sukarelawan The 3rd Force sebagai bekalan elektrik asas mudah alih untuk kegunaan sukarelawan The 3rd Force dalam membantu golongan Asnaf di kawasan pedalaman. Selain menyumbang hasil penyelidikan, PPKSE juga telah memberi servis komuniti dengan menyumbang tenaga kerja pendawaian elektrik dan pembersihan penempatan rumah kediaman asnaf yang telah dibina oleh The 3rd Force. Sebanyak 2 unit rumah teres 1 tingkat telah berjaya disiapkan oleh peserta.Semoga jalinan usahasama dengan The 3rd Force ini dapat diteruskan di masa hadapan ke arah usaha memupuk nilai-nilai murni di kalangan staf PPKSE serta segenap masyarakat.

    kelantan2016 4 20160603 2007373330

    kelantan2016 8 20160603 2020924413

    kelantan2016 11 20160603 1423128130

    kelantan2016 14 20160603 1348056335

    "Rising by Lifting Others"

    #SSSE2016 #SehatiSejiwaPPKSE
    #teamPPKSE #csrPPKSE
    #The3rdForce #EPS-ReST

  • Kemeriahan Hari Terbuka Engineering Team Project (ETP) 2016

    Pauh Putra, 1 Jun 2016  - Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengadakan Hari Terbuka ETP yang bertempat di makmal-makmal blok 1 PPK Sistem Elektrik.

     

    “Engineering Team Project” (ETP) merupakan subjek berkumpulan pelajar yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar mencetuskan idea dan berinovasi secara kreatif di dalam mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah dalam masyarakat sekeliling.  Selain itu, ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bagaimana menyelesaikan sesuatu tugas yang diberikan dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan dan dalam masa yang sama memupuk minat pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru. Hari Terbuka ETP ini julung kalinya diadakan bagi memberi peluang kepada individu luar yang berminat untuk melihat sendiri projek-projek yang di ilhamkan oleh para pelajar di pusat pengajian ini.

    Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan penyelia anugerah- anugerah ETP Open Day semalam seperti berikut:


    Berikut juga disenaraikan Top 10 Demo Keseluruhan Terbaik dan semoga menjadi pemangkin untuk terus membawa produk masing-masing ke Ekspo Rekacipta yang selanjutnya.


    Akhir sekali tahniah kepada semua pelajar ETP 2016, AJK dan semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan produk dan Hari Terbuka ETP masing-masing. Jangan berputus asa kerana sentiasa ada peluang lain di masa hadapan.

  • Majlis Anugerah Gemilang Siswa 2015

    PAUH PUTRA, 1 APRIL 2016 - Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah menganjurkan Majlis Anugerah Gemilang Siswa 2015 bertempat di Auditorium Perpustakaan Syed Faizzudin Putra. Majlis Anugerah Gemilang Siswa ini diadakan bagi menghargai pencapaian mahasiswa yang aktif serta berjaya dalam menaikkan nama UniMAP di peringkat Negeri,Kebangsaan mahupun Antarabangsa dalam pelbagai bidang kecemerlangan seperti Sukan, Kebudayaan, Kesukarelawan, Kepimpinan, Akademik,Penyelidikan & Inovasi.

    Dalam upacara ini, para pelajar PPK Sistem Elektrik telah berjaya meraih tujuh anugerah utama yang dipertandingkan. Jutaan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah mengharumkan nama PPKSE dalam upacara terbabit. Adalah diharapkan PPKSE akan tampil melahirkan para pelajar yang lebih gemilang pada tahun 2016 dan seterusnya.

            

  • Kem ELITE anjuran PERKASE, JKPAI dan YATIM

    Pada 25-27 Mac lalu, satu Program Kem ELITE telah dianjurkan bertempat di UniCITI ALAM dan PPK Sistem Elektrik. Program ini adalah hasil usaha sama antara PERKASE, JKPAI dan YATIM.

    Program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan jati diri serta menanam keyakinan ke dalam diri pelajar selain mempertingkatkan daya komunikasi serta daya kepimpinan pelajar. Adalah diharapkan agar program ini akan diteruskan di masa hadapan.

       

  • Kunjungan Pemeriksa Luar untuk Program SE, EI dan ST

    Pada 23 ~ 26/2/16 yang lalu, 3 pemeriksa luar iaitu Prof. Dr. Mohd Zainal Abidin Abd Kadir (UPM), Prof. Dr. Zainal Salam (UTM) dan Prof. Dr. Ismail Musirin (UiTM) telah datang untuk menilai kurikulum akademik bagi program SE (RK23), EI (RK45) dan ST (RK96).


    Sepanjang sesi penilaian tersebut, telah di bincangkan tentang penambahbaikan dalam struktur kurikulum lama dan baru demi memenuhi kehendak semasa para pelajar dan EAC. Para pemeriksa luar tersebut telah meneliti fail-fail kursus, lawatan ke perpustakaan, makmal, sesi temubual bersama staf serta pelajar dan juga syarahan akademik kepada staf dan pelajar.

        

  • SESI PERKONGSIAN PENYELIDIKAN BERSAMA PENGURUS "CENTRE OF EXCELLENCE GEOPOLYMER AND GREEN TECHNOLOGY (CEGeoGTECH)

    Pada 30 Oct 2015 (Jumaat), PPK Sistem Elektrik dan Pusat Kecermelangan "Renewable Energy" (CERE) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Pengurus "Centre of Excellence Geopolymer and Green Technology (CEGeoGTECH) iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah di bilik mesyuarat PPKSE yang turut dihadiri oleh Pensyarah, dan Pegawai Latihan Vokasional  di PPK Sistem Elektrik.

    Sesi ini membincangkan model perkembangan dan kemajuan CEGeoGTECH yang telah banyak menerima pengiktirafan dalam dan diluar Negara dan juga lebih bertumpu kepada perkongsian idea dan cadangan berkesan agar kemajuan yang sama dapat dicapai di PPK Sistem Elektrik dan CERE.

    Pada sesi ini Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah turut berkongsi beberapa kaedah untuk meningkatkan keterlihatan sesebuah Centre of Excellence terutamnaya dari aspek penerbitan kertas penyelidikan dan pengurusan kewangan. Diharapkan dengan perkongsian ini CERE dan PPK Sistem Elektrik akan terus maju terutamanya didalam bidang penyelidikan dan seterusnya dapat menghasilkan kertas-kertas penyelidikan dan jurnal yang berimpak tinggi.

  • Seminar Tenaga boleh di perbaharui anjuran Center of Excellence For Renewable Energy ( CERE) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE)

     Pada 21 Oct 2015 (Rabu), Centre of Excellence For Renewable Energy dan Pusat pengajian kejuruteraan Sistem Elektrik  bersama-sama dengan SIRIM Measurements Technology Sdn Bhd (SMT) dan Keysight Technologies telah menganjurkan satu seminar tenaga boleh di perbaharui bertempat di bilik mesyuarat PPKSE, seminar ini telah menarik minat lebih 50 peserta yang terdiri dari Pensyarah, Penyelidik dan juga pelajar pascasiswazah dari Pusat pengajian kejuruteraan Sistem Elektrik dan juga pusat pengajian yang lain.


    Seminar ini membincangkan isu mengenai pembangunan dan perkembangan Tenaga Solar, Kaedah pengujian dan pengukuran solar yang berkesan, kemajuan penyelesaian Analisa Kuasa dan Pengukuran. Seminar ini telah dibentangkan oleh wakil dari SIRIM Measurement Technologies Sdn Bhd dan juga dari Keysight Technologies. Antara penceramah yang hadir adalah Pn. Fazliana Bt Abd Manan, En.Nazif  dan En. Lim Ee Ric dari SIRIM Measurement Technologies Sdn Bhd (SMT) dan juga En. Raj Ramakrishnan dan En. Lau Yue Hoong dari Keysight technologies.


    Ceramah ini bertumpu kepada perkongsian idea dan cadangan berkesan agar pengukuran dilakukan dengan tepat dan jitu, Seminar ini juga menyaksikan penceramah menunjukan cara pengunaan peralatan canggih yang telah dibawa dari Keysight technologies khas untuk seminar ini. Perkenalan dengan industri ini merupakan salah satu usaha dari CERE dan PPKSE untuk menyediakan peluang kepada para penyelidik di Sistem Elektrik yang mempunyai tajuk penyelidkan kursusnya dalam bidang elektronik dan tenaga boleh diperbaharui agar dapat berkoleberasi dengan SIRIM dan Keysight melalui platform yang telah disediakan melalui ceramah ini.

  • Sambutan Hari Malaysia dan Kejohanan Olahraga Tertutup PPKSE Kali Ketiga

    PAUH PUTRA, 16 SEPTEMBER – Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik telah mengadakan sambutan Hari Malaysia dan Kejohanan Olahraga Tertutup PPKSE kali ke-3 di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra. Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, PPK Sistem Elektrik telah Berjaya mengumpulkan seramai 100 orang pelajar dari kalangan pelajar diploma dan juga ijazah selain itu turut dihadiri staf PPK Sistem Elektrik. Turut sama hadir adalah Dekan PPK Sistem Elektrik, Dr. Haziah bt Abd Hamid.

    Program dimulakan dengan perarakan sambutan Hari Malaysia dengan mengelilingi trek Kompleks sukan sambil mengibarkan Jalur Gemilang untuk menaikkan semangat Hari Malaysia ini. Selain itu juga, ia merupakan salah satu acara ‘Fit For Health’ iaitu berjalan mengelilingi trek balapan dan seterusnya diadakan senaman ringkas.

    Setelah selesainya acara ‘Fit For Health’, Dekan PPKSE memberikan sepatah dua kata kepada staf dan pelajar yang terlibat berkenaan sambutan Hari Malaysia dan juga ‘Fit For Health’ ini yang julung kali diadakan mampu menyematkan semangat cintakan negara.

    Beliau juga sempat memberikan kata-kata semangat kepada semua pelajar yang terlibat di dalam kejohanan Olahraga Tertutup PPKSE agar bersaing secara sihat dan dan seterusnya atlet yang terpilih untuk mewakili PPK Sistem Elektrik dapat mengharumkan nama pusat pengajian ini.

    Antara acara yang dipertandingkan adalah 100m (L/W), 200m (L/W), 400m (L/W), 1500m (L/W), melontar peluru (L/W), lempar cakera (L/W) dan merejam lembing (L/W). Kejohanan Olahraga Tertutup PPKSE dapat dilaksanakan sepenuhnya dan upacara penyampaian hadiah disampaikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar PPK Sistem Elektrik, Dr. Muhammad Mokhzaini bin Azizan.

  • PPKSE Sumbang Kepakaran dalam Perundingan Sistem Pemacu Elektrik di Port Klang

    Port Klang, 26 - 28 Ogos - Delegasi staf PPK Sistem Elektrik iaitu Ir Dr Rosnazri Ali, Tunku Muhd Nizar Tunku Mansur, Baharuddin Ismail, Shukur Abdullah dan Fuad Ahmad telah berada di North Port, Port Klang untuk melaksanakan tugasan perundingan kepada Syarikat Red Team (M) Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah melantik pihak PPK Sistem Elektrik untuk mendapatkan laporan dan analisa kepada electrical drives system terhadap 5 kren kontena yang digunakan untuk pemunggahan kapal. Syarikat itu telah diberi tanggungjawab oleh pihak Port Klang untuk memastikan yang penukaran electrical drives yang baru adalah menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak TNB dari segi power quality dan kecekapan tenaga.

    Red Team (M) Sdn Bhd adalah merupakan syarikat yang banyak menyediakan perkhidmatan pemasangan kren kontena di pelabuhan utama seluruh negara dan juga terlibat dalam perkhidmatan oil and gas.

     

     

  • Lawatan penada-aras (benchmark) USM, UiTM Pulau Pinang, dan UTP

    10 – 12 Ogos 2015 - Delegasi PPKSE yang terdiri Dr. Nuriziani Hussin, Dr. Mohd Azrik Roslan, Dr. Fijay Fauzi, En. Mohd Saufi Ahmad dan Cik Noor Syafawati Ahmad telah mengadakan lawatan penanda-aras di tiga buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia(Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal), Universiti Teknologi MARA(UiTM)-Kampus Seberang Prai dan Universiti Teknologi Petronas, Tronoh.

    Lawatan tiga hari perlaksanaan penanda-aras ini adalah untuk menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian para pelajar, dan juga untuk berkongsi cara perlaksaan di institusi lain bagi program pengajian yang sama dalam bidang kejuruteraan elektrik.

    Sesi penda-aras ini dijalankan bagi beberapa subjek teras seperti Litar Elektrik 1, Litar Elektrik 2, Sains Kejuruteraan, Isyarat dan Sistem, Elektromagnetik, subjek berkaitan dengan ‘capstone project’ dan juga projek tahun akhir.

      

      

       

  • Sesi Lawatan Penanda-aras (Benchmarking) Kolej Poly-tech MARA (KPTM) Kuantan dengan PPKSE

    Pauh Putra, 18 Ogos 2015 – PPK Sistem Elektrik (PPKSE) telah menerima lawatan rasmi daripada deligasi Kolej Poly-tech MARA (KPTM) Kuantan. Lawatan ini disertai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Puan Hairunnida Bt Mansor dan Dekan Fakulti Kejuruteraan En Razmi bin Ab Rahman. Pihak PPKSE pula telah diwakili oleh Timbalan Dekan Dr. Mokhzaini Azizan, Dr. Mohd Azrik Bin Roslan, Dr. Hafizuddin dan En Norjasmi. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan KPTM Kuantan dan program yang ditawarkan mereka kepada pihak PPKSE dan berbincang mengenai kurikulum program Diploma Elektronik Industri. Pihak KPTM Kuantan berhasrat untuk meningkatkan bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda selepas menghabiskan pengajian diploma di sana. Oleh itu pihak KPTM berharap dengan perbincangan kurikulum ini, pihak PPKSE dapat memberikan makluman mengenai jumlah pengecualian jam kredit yang boleh diperolehi oleh pelajar mereka sekiranya diterima masuk ke dalam program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Industri (RK45) yang ditawarkan oleh pihak PPKSE.

     

  • Penganjuran Bengkel Strategik PPKSE di Hotel Seri Malaysia

    Kangar, 4-5 Ogos 2015 - PPK Sistem Elektrik telah mengadakan Bengkel Strategik selama 2 hari iaitu bermula pada 4/8/15 hingga 5/8/15 yang lalu. Bengkel ini telah dihadiri oleh semua staf PPKSE seramai 100 orang, yang terdiri dari para pensyarah, pegawai latihan vokasional, penolong jurutera, juruteknik dan staf pentadbiran. Pada hari pertama, penceramah jemputan iaitu PM Aziz Mahmudin telah menyampaikan ceramah beliau mengenai pelan strategik UniMAP bermula dari sekarang hingga tahun 2020, serta halatuju setiap PPK yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat tersebut. Bersempena dalam bulan Syawal, kesempatan pada jamuan tengahari tersebut telah di adakan majlis sambutan hari raya PPKSE di mana semua staf disajikan dengan ketupat, rendang dan satay sebagai juadah. Disebelah petangnya, di adakan sesi pembentangan dan perbincangan arah tuju untuk KPI yang telah ditetapkan bermula dari kumpulan 1 hingga 6.

    Pada hari kedua, penceramah jemputan iaitu Prof Dr Uda Hashim telah menyampaikan ceramah beliau berkenaan penyelidikan; dari keperluan/kepentingan penyelidikan bagi sesebuah universiti, jenis-jenis geran penyelidikan, penerbitan dan lain-lain. Disebelah petang pula, sesi pembentangan dan perbincangan telah disambung dari kumpulan 7 hingga 12 dalam menengahkan pencapaian KPI, permasalahan yang berlaku, para pelajar dan kaedah-kaedah untuk mengatasinya.

  • Tekad Anak Pemasang Jubin - Graduan jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik Raih Anugerah Pingat Emas Naib Canselor

    Arau:  Kehidupan keluarga yang serba kekurangan menjadi dorongan buat graduan jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik untuk berusaha gigih bagi mencapai kejayaan sehingga dikurniakan Anugerah Pingat Emas Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ke-10 di sini semalam.

    Muhammad Asri Abdul Ghani, 21 dari Kuantan, Pahang berkata, pengalaman membantu bapanya bekerja memasang jubin di rumah pelanggan pada usia belasan tahun memberi kekuatan kepada dirinya untuk cekal dalam pengajian supaya menjadi insan berguna.

    Katanya, kegigihan dan ketelitian yang sering ditunjukkan oleh bapanya ketika melakukan kerja juga dijadikan panduan ketika menghadapi pelajaran kerana perkara sukar jika dilakukan secara berulang kali akan menjadi mudah untuk diselesaikan.

    "Saya cuba fokus dalam pelajaran.  Memang ada kalanya saya juga pernah putus semangat dan gagal dalam ujian.  Selepas memikirkan kembali tujuan saya belajar ialah untuk membantu kembali keluarga selepas berjaya nanti akhirnya saya mendapat motivasi untuk berubah," katanya.

    Muhammad Asri yang juga anak kedua daripada empat beradik  berkata demikian ketika ditemui selepas menerima skrol daripada Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor universiti terbabit di Kampus Induk UniMAP, Pauh Putra di sini.

    Pada majlis yang sama, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah menyampaikan Ijazah Kehormat Sarja Sains kepada Pengurus Kanan Pembangunan Koporat dan Hubungan Luar syarikat Silterra Malaysia Sdn Bhd, Tahiruddin Tun Hamdan.

    Turut Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr Kamarudin Hussin.

    Seramai 366 orang graduan membabitkan enam program pengajian menerima diploma  masing-masing sepanjangn konvokesyen berkenaan.

    Menurut Asri dia yang meminati kerjaya sebagai  juruterbang sejak dari kecil kerana peluang untuk mengembara ke luar negara selain pendapatan lumayan melupakan niat itu kerana yuran pengajian yang terlalu tinggi walaupunpun pernah mendapat tawaran sebagai kadet penerbangan di sebuah institusi di Melaka sebelum ini.

    Katanya , impiannya kini mahu berjaya dalam pengajian bagi mencari pekerjaan yang boleh membantu kembali kedua-dua ibu bapanya.

    "Tidak dapat dinafikan, saya mendapat bantuan daripada rakan-rakan sepengajian dan juga pensyarah ketika saya tidak dapat memberi tumpuan terhadap bidang pengajian saya iaitu kejuruteraan elektrik yang sememangnya mencabar, namun kekuatan kembali selepas terfikir nasib keluarga saya yang harus saya perjuangkan,

    "Jadikanlah keluarga sebagai faktor utama untuk kita berjaya dalam pelajaran dan hidup.  Dengan itu, niat kita untuk belajar akan menjadi ikhlas,"  pesan Muhammad Asri yang merupakan graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik.

    Sementara itu, seorang lagi penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Oii Chui Yee, 21 dari Kedah berkata, kegagalan yang pernah dihadapinya semasa berhadapan dengan ujian dan ketika menyiapkan tugasan bukanlah suatu pengalang bagi dirinya untuk terus berusaha mendapat keputusan yang lebih cemerlang.

    "Gagal sekali bukan bererti gagal untuk selama-lamanya.  Kegagalan merupakan suatu batu loncatan untuk kita mengenal kesilapan dan memperbaiki diri bagi mendapat keputusan yang lebih baik," kata graduan Diploma Kejuruteraan Microelektronik.

    -- HARIAN METRO

     

  • Majlis Khatam Al-Quran Peringkat UniMAP Anjuran Pusat Islam & PPK Sistem Elektrik

    Pauh Putra, 10 Julai 2015 - Pusat Islam UniMAP dengan kerjasama PPK Sistem Elektrik telah menganjurkan Program Tadarus dan Khatam al-Quran Peringkat UniMAP bersempena sambutan Ihya’ Ramadhan peringkat UniMAP 1436 H / 2015 M yang telah diakhiri dengan Majlis Khatam al-Quran bertempat di Surau Utama, Kampus tetap Ulu Pauh yang bermula sejurus Solat Jumaat Perdana.Majlis Khatam al-Quran yang merupakan penutup kepada Progam Sambutan Ihya’ Ramadhan peringkat UniMAP pada tahun ini  turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin yang menyampaikan ucapan aluan dan merasmikan majlis. Turut Hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan.

                      

    Majlis ini dipimpin oleh alFadhil Ustaz Muhamad Nasirudin Aziz dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 100 muslimin dan muslimat yang terdiri dari kalangan staf dan juga pelajar. Sejurus selesai upacara khatam al-Quran, upacara penyampaian plat penghargaan kepada semua PTJ yang terlibat sepanjang Progam Sambutan Ihya’ Ramadhan peringkat UniMAP pada tahun ini turut diadakan.Plat penghargaan telah disampaikan oleh YBhg. Timbalan Naib Canselor, Dato. Prof. Dr. Zul Azhar Syed Jamal diiringi oleh Pengarah Pusat Islam, Ustaz Hassan serta Dekan PPKSE Prof Madya Dr. Mohd Fareq Malek. Sekalung penghargaan kepada jawatankuasa penganjuran Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran pada tahun ini yang diterajui oleh En. Saufi bin Ahmad dibantu oleh beberapa staf PPKSE yang lain.

        

  • Lawatan Industri ke Terminal Penang Port Sdn. Bhd.

    Penang, 25 Jun 2015 - Staf PPK Sistem Elektrik iaitu Ir Dr Rosnazri Ali, Tunku Muhd Nizar Tunku Mansur, Baharuddin Ismail, Shukur Abdullah dan Fuad Ahmad telah mengunjungi terminal kontena Penang Port Sdn Bhd (PPSB). Ianya adalah bertujuan menyediakan perkhidmatan rundingan (consultancy) kepada syarikat Red Team (M) Sdn Bhd dalam perolehan data dan maklumat berkenaan power quality terhadap electrical drives untuk kren kontena. Red Team (M) Sdn Bhd adalah merupakan syarikat yang banyak menyediakan perkidmatan pemasangan kren  kontena di pelabuhan utama seluruh negara dan juga terlibat dalam perkhidmatan oil and gas.

       

  • PPKSE Bolot Pingat di 26th International Invention and Innovation Exhibition 2015 (ITEX 2015)

    Kuala Lumpur, 21 Mei 2015 – Setiap tahun pada bulan Mei akan berlangsung pertandingan “International Invention & Innovation Exhibition” ataupun lebih dikenali dengan nama ITEX bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). UniMAP telah menghantar 60 produk daripada pelbagai pusat pengajian dan kategori. Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE) tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pada ITEX 2015 ini, PPKSE menghantar 14 produk untuk dipertandingkan. Terdapat pelbagai kategori dipertandingkan antaranya adalah tenaga boleh baharu, elektrik dan sebagainya. Di dalam 14 produk yang dipertandingkan tersebut, PPKSE telah merangkul 7 emas, 2 perak dan 5 gangsa di mana keputusan keseluruhan 100% dicapai.

    Kejayaan ini menjadi lebih manis bagi PPKSE apabila satu daripada produk daripada PPKSE mendapat anugerah  “Best Invention Award in Universities Category” dan “SPECIAL AWARD daripada Taiwan di ITEX 2015 pada tahun ini. Produk tersebut adalah “PORTABLE SOLAR GENERATOR: 2nd GENERATION”.  Kesemua pemenang diraikan di Majlis Makan Malam “MALAM BUDAYA CIPTA” yang turut dihadiri dan dirasmikan oleh Timb. Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ HJ. Muhyiddin HJ. Mohd Yassin. PPKSE mengucapkan ribuan terima kasih khasnya kepada UniMAP yang banyak membantu dan memberi sokongan yang padu di dalam bidang penyelidikan di peringkat dalam mahupun luar Negara. Jutaan tahniah kepada semua pensyarah, staf serta pelajar PPKSE yang telah mengharumkan nama PPKSE di persada negara. Senarai penuh  penyertaan dan pencapaian pingat PPKSE di ITEX 2015  boleh dilihat di sini.

  • “Renewable Energies: Fundamentals, Applications, Economic Prospects and Latest Trends” Seminar

    Depletion of fossil fuels, as well as the urgent need to cater for increasing demand for power has paved a positive outlook upon renewable energy prospect and development. Malaysia government through the Ministry of Energy, Green Technology, and Water (KETTHA) has long planned and executed several key initiatives in creating growth in renewable energy sources to ensure a secure and sustainable future. Key renewable events include the Five-Fuel Policy and the launches of BioGen Project and Small and Renewable Energy Program (SREP) Programme in the 8th Malaysian Plan (RMK8), and the launch of Malaysia Building Integrated Photovoltaic (MBIPV) Programme and formation of Sustainable Energy Development Authority (SEDA) in the 9th Malaysian Plan (RMK9). SEDA has since successfully implemented a Feed in Tariff (FiT) programme that further enhanced the framework for a greater and secure sustainable and renewable energy chain, as well as bringing the initiatives down to the grassroots level.  

    Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) through School of Electric Systems Engineering (PPKSE) has taken the challenge to bridge the downstream of technology and education to the grassroots levels. A greater emphasis is put on to finding the appropriate and effective medium and tools to educate the people regarding sustainable and renewable energy sources. In continuing the aspiration of the nation to have a balanced mix of fossil and green energies by year 2020, PPKSE started the initiative of educating the people through a one day seminar on renewable energy, entitled “Renewable Energies: Fundamentals, Applications, Economic Prospects and Latest Trends”.
     
    The seminar was held on 8th of May 2015 at the Auditorium of Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP Pauh Putra. Keynote and seminar speaker was Mr Ronny Timmreck, the Chief Executive Officer (CEO) of the LeXSolar GmBH Germany. There were 80 participants which from various academic institutions and companies as well as undergraduate and postgraduate students.    Mr Timmreck covered the seminar with talks regarding the renewable energies, as well as performing educational demonstrations with all the participants.  
     

    Utilizing PPKSE renewable energy solar photovoltaic (PV) and wind educational kits, the participants were exposed to both theoretical understanding and also learn the actual generation of renewable energy. Experiments were conducted with personal supervision with Mr Timmreck who also heavily involved with research work at Germany’s Dresden University.

    PPKSE role is to act as a conduit in transferring technologies and knowledge and preparing the people in embracing them and for this PPKSE is willing to hold other seminar and courses in the future. It is hoped that with such seminar, the initiatives related to green and renewable energy which are formed by the government, will be passed to the mass. The involvement of the people is crucial in ensuring the policies of government to be successfully designed and implement.

  • Pembentangan dan Demonstrasi Pelajar Projek Kejuruteraan Berkumpulan (ETP)

    PPKSE, Pauh Putra - Pada 27 Mei 2015 yang lalu, telah diadakan pembentangan akhir dan demonstrasi projek bagi subjek Projek Kejuruteraan Berkumpulan (EET333 - Engineering Team Project) bertempat di makmal-makmal Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik. Ini merupakan tahun ketiga subjek ini dilaksanakan. Subjek ini diambil oleh para pelajar tahun 3 bagi kesemua program. Para pelajar dari program, gender, pngk dan bangsa yang berbeza digabungkan dalam satu kumpulan dengan 5 atau 4 orang pelajar di mana mereka dikehendaki menyiapkan projek yang telah diberikan. Gabungan pelbagai jenis pelajar ini akan membina dan mengasah kemahiran kerja berkumpulan, kepimpinan dan komunikasi pelajar agar mereka dapat mengaplikasikannya dalam suasana sebenar bila sudah bekerja pada masa akan datang. Selain itu, tujuan subjek ini juga ialah bagi memenuhi elemen rekabentuk ("design") yang perlu dipunyai oleh setiap para pelajar bidang kejuruteraan. Pelbagai tajuk projek yang menarik dan berinovasi telah dibentangkan dan didemonstrasikan oleh para pelajar tahun 3 kepada para panel yang dilantik.

       

    Klik di sini untuk ke galeri gambar ETP.

  • Lawatan PPKSE ke Keysight Technologies Bayan Lepas

    Pada 15 Mei 2015, lawatan delegasi PPKSE & CERE ke Keysight Technologies di Bayan Lepas untuk sesi perbincangan kolaborasi bersama berkenaan pembangunan staf, peluang untuk pelajar dan graduan, serta penyelidikan & akademik. Perbincangan bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 ptg dengan para delegasi telah diberi taklimat terhadap produk-produk yang dihasilkan di kilang pengeluaran tersebut.

  • Lawatan Delegasi UNITEN untuk sesi Penanda-aras (Benchmarking) 7 Mei 2015

    Pihak PPKSE telah menerima kedatangan delegasi dari UNITEN yang diketuai oleh Dr  Farah Hani Nordin untuk melaksanakan ‘benchmarking’ terhadap kurikulum program Kejuruteraan Elektrik yang ditawarkan di UNITEN. Perbincangan adalah berkenaan struktur silibus, penilaian, CQI dan lain-lain.

  • Lawatan Penilaian MQA untuk Program Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik Kuasa) 5 - 6 Mei 2015

    Unimap,Ulu Pauh,5-6 Mei 2015 - Satu lawatan penilaian dari panel MQA terhadap Program Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik Kuasa) – Mod Campuran telah di adakan pada 5 & 6 Mei 2015 yang lalu. Barisan panel penilai adalah terdiri dari PM Dr Hadzli Hashim (ketua), PM Dr Hashim Hizam dan Dr Mohd Luqman Mohd Jamil. Penilaian telah dilaksanakan dengan semakan fail-fail kursus, sesi temuduga bersama staf, pelajar, alumni, lawatan ke makmal, perpustakaan dan lain-lain. Adalah menjadi harapan kami di PPK Sistem Elektrik dan para pelajar yang terlibat agar berjaya mendapat pengiktirafan dari pihak MQA.

     

  • PPKSE sertai Karnival Karnival Sains, Seni dan Warisan Budaya 2015, Pulau Pinang

    Balik Pulau, 25 April 2015 - Bersempena Karnival Sains, Seni & Warisan Budaya 2015 anjuran Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM dan Universiti Sains Islam Malaysia(USIM),BJIM ,JPN Pulau Pinang, yang diadakan pada 25-26 April yang lalu di SK Tan Sri Awang Had Salleh,Pulau Betong,Balik Pulau, Pulau Pinang. Delegasi PPKSE turut dijemput khas bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.

    Antara lainnya, program tersebut bertujuan untuk memberi,membuka dan mengizinkan peluang kepada semua kaum dan bangsa di Malaysia khususnya di Pulau Pinang untuk berkongsi “RASA” dalam membudayakan antaradisiplin ilmu yang sama,merasai kepelbagaian perbezaan budaya  dalam membina tamadun insan yang bersifat sejagat.

    Pelbagai program telah disusun sepanjang dua hari program tersebut berlansung termasuklah program kepimpinan serta motivasi pelajar, program ceramah Falak, gotong royong, pameran serta demonstrasi berkaitan tamadun Islam. Pelbagai gerai jualan turut dibuka bagi menarik minat pengunjung tempatan khususnya.

    Delegasi PPKSE yang diketuai oleh P.M Dr. Fareq Malek diiringi Timbalan Dekan Akademik, Dr. Hj. Rosnazri Ali berserta staf-staf PPKSE yang lain turut serta mengacarakan salah satu slot dalam karnival terbabit. Dr. Hj. Rosnazri Ali telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Penggunaan Teknologi Hijau ke Arah Kehidupan Lestari @ The Applications of Green Technology Toward Sustainable Living" kepada para peserta program yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah menengah, rendah dan peringkat universiti.  

    Sehubungan itu, PPKSE turut mengadakan demonstrasi kit Tenaga Boleh Baharu bagi dipertontonkan kepada para peserta bertujuan bagi mempertingkatkan ilmu dalam bidang tenaga boleh baharu khususnya tenaga solar dan juga angin. Dari pemantauan, para pengunjung dapat menerima baik intipati ceramah serta demonstrasi yang telah dijalankan oleh PPKSE tersebut. Diharapkan agar program sebegini rupa dapat diteruskan di masa hadapan.

    promo1promo1promo1

  • Anak Penoreh Getah Pelajar Terbaik UniMAP

    KANGAR 28 September - Azam anak seorang penoreh getah untuk mengubah kehidupan keluarga yang susah dengan belajar bersungguh-sungguh akhirnya membuahkan hasil apabila beliau diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pelajaran Emas Diraja pada Istiadat Konvokesyen Ke-9, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berlangsung di Dewan 2020 di sini.

    Zulazreen Wazeer, 24, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Sistem Elektrik) menerima hadiah berupa Pingat Jaya Cemerlang, cek RM5,000 dan Sijil Penghargaan sumbangan dari Majlis Raja-Raja dan Pingat Kecemerlangan Emas dan Sijil Penghargaan dari UniMAP.

    Beliau menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP, semalam.

    Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP. Turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

    Konvokesyen kali ini menyaksikan sebanyak 1, 875 graduan iaitu 44 sebagai penerima Doktor Falsafah diikuti 69 graduan Ijazah Sarjana Muda Sains; 31 (Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan); 1,128 (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan); 295 (Ijazah Sarjana Muda Perniagaan) dan 308 (Diploma Kejuruteraan).

    Zulazreen yang berasal dari Tapah, Perak memberitahu, beliau telah merancang dengan baik supaya masa pembelajarannya berjalan dengan lancar tanpa gangguan dari sebarang aktiviti lain seperti bersukan dan sebagainya.

    "Saya merupakan pelajar yang tidak mahu menelaah pelajaran pada saat-saat akhir kerana bimbang tidak akan dapat mencapai matlamat yang dirancang," kata­nya yang belajar di UniMAP sejak peringkat Diploma.

    Katanya, sejak mengikuti pengajian peringkat ijazah beliau meningkatkan lagi usaha sehingga sepanjang tiga tahun itu dan beliau mendapat anugerah Dekan pada setiap semester.

    Seorang lagi graduan, Nurul Amaniza Mohamad Asri, 24, menerima Anugerah Pingat Emas Canselor berikutan kecemerlangannya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau mene­rima Pingat Emas, Pingat Kecemerlangan Emas, cek bernilai RM4,000 dan sijil penghargaan.

    Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Sistem Elektrik) itu yang berasal dari Tanjung Malim, Perak sudah bertugas di Industrial Electric Power di Seri Petaling, Selangor.

    "Sejak semester pertama lagi saya sudah bertekad untuk bekerja keras bagi mendapatkan keputusan baik sehinggalah di setiap semester pada pengajian peringkat ijazah saya menerima anugerah Dekan," kata anak kedua seorang pesara tentera ini.

    Pelajar Yemen, Saeed Salem Saeed Hashwan, 25, pula tidak menyangka menerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor (Pelajar Antarabangsa) memandangkan persaingan agak hebat dalam kalangan mereka.

    Anak kedua seorang peniaga di Yemen yang mengambil Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Mikroelektronik itu bercadang untuk bekerja di negara ini sebelum pulang ke negara asalnya bagi mencari pengalaman selepas menamatkan pengajian peringkat sarjana.

    Pemenang Anugerah Kecemerlangan Akademik Program Pengajian Siswazah, Che Zukzikrimi Azner Abidin, 36, bagi kategori tesis terbaik untuk Doktor Falsafah pula menyifatkan usahanya selama hampir empat tahun untuk menyiapkan penyelidikan itu akhirnya berbaloi.

    Beliau yang berasal dari Kampung Sanglang di sini tidak menyangka tesis yang dihasilkannya itu dipilih menjadi penerima anugerah yang pertama kali diperkenalkan oleh UniMAP pada tahun ini. –Utusan

  • Lawatan PPKSE ke Bangunan Suruhanjaya Tenaga & Green Energy Office (GEO)

    Bangunan Suruhanjaya Tenaga atau lebih dikenali sebagai Diamond Building terletak di Persint 2, Putrajaya. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang penggunaan teknologi hijau di Malaysia. Sebelum dibawa melawat di sekitar bangunan, para pelajar dan pensyarah diberi penerangan tentang rekabentuk bangunan. Antara ciri-ciri bangunan ini adalah untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan pemuliharan air. Air hujan yang ditadah akan digunakan untuk kegunaan tandas dan menyiram pokok bunga dia sekitar bangunan. Penjimatan air sebanyak 65% dapat dikurangkan. Para pelajar dibawa untuk melawat seluruh bangunan dan diberi penerangan yang jelas oleh pegawai yang bertugas.

         

    Program lawatan turut dilanjutkan ke bangunan Green Energy Office (GEO), Bandar Baru, Bangi yang bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang pontensi penggunaan tenaga boleh baharu di Malaysia. Green Energy Office (GEO) Building dikenali sebagai Pusat Tenaga Malaysia sebelum ditukar nama pada tahun 2005. GEO Building telah memenagi banyak anugerah sejak penubuhannya pada tahun 1998. Lawatan sambil belajar  ini diketuai oleh Cik Noor Asyikin dan diiringi oleh 2 orang pensyarah PPKSE. Para pelajar berpeluang untuk melihat cara pemasangan Building Integrated Photovoltaic (BIPV) yang terletak di atas bumbung bangunan.  Selain itu, mereka juga diberi penerangan tentang pengetahuan asas yang perlu diketahui sebelum pemasangan solar photovoltaic dilakukan. Peratusan penggunaan penghawa dingin adalah rendah kerana GEO Building menggunakan sistem penyejukan daripada air hujan. Air hujan yang ditakung akan dialirkan pada paip yang ditanam dibawah lantai. Lawatan ini memberi pegalaman yang baru kepada para pelajar.

         

  • Seminar Tenaga Boleh Baharu anjuran PPKSE

    Seminar Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga UniMAP khususnya para pelajar yang mengambil subjek EET 433 (Sistem Tenaga Boleh Baharu). Penceramah yang dijemput adalah Pn Azah binti Ahmad yang merupakan Pengarah Bahagian Tenaga Boleh Baharu dan Teknologi dari SEDA. Antara yang disampaikan oleh penceramah adalah mengenai latar belakang TBB dan teknologi, polisi TBB di Malaysia, konsep FiT, rekabentuk dan kadar di Malaysia, peluang latihan untuk TBB dan akhir sekali hala tuju bidang TBB di Malaysia.

      

     

  • Lawatan PPKSE ke Stesen Janakuasa Biomass dan Projek Biogas Jengka, Pahang

    Lawatan ke Jengka, Pahang diketuai oleh Tunku Muhammad Nizar dan diiringi 3 orang pensyarah PPKSE. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat teknologi yang digunakan oleh pihak Felda Global Group, Tenaga Nasional Bhd dan FTJ Bio Power untuk membina sebuah stesen janakuasa biomass. Stesen Janakuasa Biomass  Felda Jengka 9, Pahang dijangkakan akan mula beroperasi Ogos 2014. Anggaran kos pembinaan janakuasa adalah RM120 juta. Janakuasa ini mampu menjana 12.5MW tenaga elektrik dengan menggunakan tandan kelapa sawit yang kosong atau dikenali sebagai ‘oil palm empty fruit bunches (EFB)’. Projek Biogas elektrik di Felda Jengka 8, Pahang merupakan projek pertama milik Syarikat FTJ Bio Sdn. Bhd. Program biogas yang dihasilkan adalah melalui bahan-bahan buangan sawit dan turut memberi sumbangan kepada pendapatan Felda. Pada masa kini, projek biogas ini hanya digunakan untuk menghasilkan tenaga elektik di kilang kelapa sawit sahaja.

          

           

  • Lawatan PPKSE ke Mini Hidro Sungai Kerling, Hulu Selangor

    Program lawatan ke Mini Hidro Sungai Kerling, Hulu Selangor bertujuan untuk menambah ilmu dalam bidang tenaga boleh baharu di Malaysia. Lawatan ini diketuai oleh Tunku Muhammad Nizar dan turut disertai oleh 6 orang pensyarah PPKSE. Mini Hidro Sungai Kerling, Hulu Selangor telah 5 tahun beroperasi dan dikawal selia oleh syarikat Renewable Power Sdn Bhd. Syarikat ini merupakan 100% milik bumiputera. Jumlah kapisiti mini hidro ini ialah 2.0MW dan mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 14542 MWh setahun.  Pihak kerajaan turut memberi inisiatif dengan melancarkan ‘Small Renewable Energy Power (SREP) Programme’.

         

          

  • PPKSE Participation in Simposium Power and Energy Conversion (PECS 2014)

    Melaka, May 12th - Malaysia is facing with significant challenges in the energy sector such as energy shortage, environmental pollution, greenhouse gas emission, and energy supply in rural areas, which severely restrict its sustainability. The development of sustainable renewable energy focusing on its operation, system, process and devices are the key solutions to tackle those issues which involve power and energy conversion technology. The Power and Energy Conversion Symposium (PECS 2014) will provide an opportunity for academicians to share results of research and scientific discovery, engineering and technology among a group of related fields. The symposium is an effort to realize the vision and mission of the university and to stimulate and strengthen research activities based on specified areas in line with the needs and aspirations of the Ministry of Education.The PECS2014 is organized by Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) and jointly organized by Universiti Malaya Power Energy Dedicated Advanced Centre (UMPEDAC) and Malaysian Technical University Network (MTUN). PECS2014 will be held on May,12 2014 at Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Durian Tunggal, Malaysia.

    Universiti Malaya Dedicated Advanced Center (UMPEDAC) is one of six Higher Institutions’ Center of Excellence (HiCOE) recognized by the Ministry of Education (MOE) with more than 50 researchers. It offers services in the area of Renewable Energy, Power & Drives, Electrical & Drive, Control & Signal System, Automation & Robotics, Power Protection & Power Quality, Power Quality issues and Energy Efficiency System leading to advance research of engineering that effect change to the way of life.

    UTeM has chosen Advanced Manufacturing Technology (AMT) as its niche areas, which are Green Technology, Emerging Technology, System Engineering, Human Technology-interaction. UTeM’s thrust areas are multidisciplinary in nature, which includes and draws on the strengths of existing faculties, research centres, institute and laboratories within the university. Faculty of Electrical Engineering has a group of expertise for the research clusters in Energy and Power System (EPS), Robotics & Industrial Automation (RIA) and Power Electronic and Drives (PED). With the joint venture opportunity with UMPEDAC, it could create advance level of research and development.

      

     

     

     

  • PPKSE Raih 100 % Pingat di Malaysia Technology Expo (MTE) 2014

    Kuala Lumpur, 22 Februari – Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik telah meraih 100% pingat dari 3 produk penyelidikan ciptaan Dr. Muhammad Irwanto yang bertajuk "Transformerless Photovoltaic Inverter (TPVI) Using AC Load Interchange Controller", En.Mohd Irwan Yusoff dengan produk penyelidikan beliau bertajuk "PV/Wind Hybrid Inverter with Mitigation of Current Total Harmonic Distortion", dan En.Gomesh Nair a/l Shasidharan dengan produk penyelidikan beliau bertajuk "Fabrication Of DSSC With A Novel Organic Dye from ‘Keriang’ Fruit" yang juga merupakan antara produk dipertandingkan di Malaysia Technology Expo (MTE) 2014 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.


    UniMAP telah menghantar sebanyak 35 produk Penyelidikan dan telah berjaya meraih 15 pingat Emas 11 pingat perak dan 8 pingat gangsa. Diantara produk Penyelidikan yang menyumbang kearah kemenangan ini adalah  produk "Fabrication Of DSSC With A Novel Organic Dye from ‘Keriang’ Fruit" yang telah memenangi  Pingat Emas, "Transformerless Photovoltaic Inverter (TPVI) Using AC Load Interchange Controller" mendapat Pingat Perak, dan gangsa disumbangkan dari produk penyelidikan "PV/Wind Hybrid Inverter with Mitigation of Current Total Harmonic Distortion" menjadikannya satu Pingat Emas, satu Pingat Perak dan satu Pingat Gangsa.


    Dekan PPKSE iaitu Prof Madya Dr.Mohd Fareq Abd Malek telah menyifatkan kemenangan ini sebagai satu kemenangan yang besar dan merupakan satu permulaan awal yang baik kepada pencapaian masa hadapan yang akan diraih oleh staff PPKSE dalam bidang penyelidikan serta menyumbang kepada pencapaian KPI pusat pengajian. Beliau juga menyatakan rasa gembira dengan pencapaian yang diraih oleh staff PPKSE di MTE 2014 kali ini.

  • PPKSE menganjurkan Seminar ‘XCELERATE’ (ACCELERATE) : PERSONAL COMPETENCIES FOR HIGHLY PERFORMING CAREER’

    Arau, 22 Februari 2014 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengadakan satu program seminar ‘Xcelerate (accelerate):Personal Competencies for Highly Performing Career’. Seramai 230 orang pelajar tahun akhir PPKSE telah menyertai program seminar tersebut. Seminar ini disampaikan oleh En Kamarul Sahrin, Jurulatih Utama dan Perunding dari Syarikat Smart Inspira, yang kini bergerak aktif untuk program-program seminar kerjaya dan motivasi di seluruh negara.

    Program bermula pada pukul 8:30 pagi di Dewan Kuliah 3, Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Pauh Putra. dengan ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, Profesor Madya Dr. Mohd Fareq bin Abd Malek. Di dalam ucapan aluannya, beliau mengatakan bahawa program seminar seperti Xcelerate ini dapat memberi persediaan kepada pelajar untuk menghadapi persekitaran kerja sebenar dan berharap program yang seumpama ini diperbanyakkan lagi di masa depan. Di samping itu, pelajar juga digesa untuk mengenalpasti faktor-faktor dan menyerlahkan potensi diri untuk mendapat pekerjaan yang baik selepas bergraduasi nanti.

    Objektif utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tahun akhir PPK Sistem Elektrik tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas bergraduasi semasa memohon pekerjaan, semasa temuduga dan setelah mendapat pekerjaan. Elemen-elemen motivasi diri dan kaedah komunikasi juga diselitkan di sepanjang seminar berjalan. Banyak aktiviti yang melibatkan komunikasi di antara penceramah dan pelajar dijalankan yang memerlukan pelajar berada di hadapan dewan seperti semasa aktiviti kaedah mengawal rasa gementar, kaedah mencipta kelainan dan kaedah membina keyakinan diri. Program berakhir pada pukul 5.30 petang.

    Secara umumnya, pelajar amat berpuas hati di atas perjalanan seminar dan bahan yang disampaikan. Seminar ini akan dinilai berdasarkan borang kaji selidik atas talian (online) yang akan disediakan oleh pihak jawatan kuasa penganjur. Ketua jawatankuasa penganjur, En Mohd Shihabudin bin Ismail mencadangkan kepada kumpulan pelajar tahun akhir PPK Sistem Elektrik ini agar dapat mewujudkan satu kumpulan facebook Xcelerate untuk berkomunikasi dengan penceramah secara berterusan berkenaan dengan permasalahan yang melibatkan kerjaya nanti.

     

     

     

     

  • Siri Jelajah Tenaga Boleh Baharu Sempena InoS1M 2014

    Bersempena Inovasi Sosial 1 Malaysia (InoS1M) siri ke-7 peringkat negeri Perlis anjuran UniMAP yang melibatkan sebanyak 14 buah negeri di Malaysia, PPKSE telah bergerak secara proaktif dalam menjayakan Program Pemindahan Ilmu Tenaga Boleh Diperbaharui di segenap pelusuk negara. Atas inisiatif Dekan, Prof. Madya Dr. Fareq Abd. Malek, PPKSE telah menghantar lima buah pasukan yang diketuai oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Haziah binti Abdul Hamid ke lapan buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan & Terengganu.  Program Pemindahan Ilmu kali ini melibatkan penerangan lanjut mengenai tenaga boleh diperbaharui beserta demonstrasi penggunaan tenaga solar dan tenaga angin kepada pelajar sekolah dan orang awam di kampung-kampung yang terpilih. Secara keseluruhannya, respons yang diterima daripada orang awam amat positif dan mereka berasa teruja dengan inovasi tenaga boleh baharu khususnya daripada demonstrasi ‘Wind & Solar Ready To Go’ yang telah dipamerkan oleh setiap kumpulan. Tahniah diucapkan kepada delegasi EXCO PPKSE serta staf-staf terlibat sepanjang program jelajahan ini.

    MELAKA (Kg Paya Rumput Jaya, Sg. Udang)

       

    NEGERI SEMBILAN (Kg Ampang Tinggi, Kuala Pilah)

       

    PERAK (Kg Masjid, Pulau Pangkor)

     

    KEDAH (Kg Pulau Maharaja, Jitra)

      

    PULAU PINANG (Kg Perlis, Balik Pulau)

     

    KELANTAN (Kg Seberang Jeli, Jeli)

     

    TERENGGANU (Kg Tok Motong,Besut & Kg Bukit Kuang, Kijal)

     

    JOHOR (Bandar Tenggara & Felda Seri Jaya,Pagoh)

       

     

     

     

     

  • PPKSE merangkul tempat ke-2 dalam Program 'Business Plan' dan 'Show & Respons' Produk Penyelidikan Pelajar Ke Arah Pengkomersilan anjuran E-CIP

    Pusat Pembangunan Keusahawanan, Pengkomersilan dan Pengurusan Harta Intelek (E-CIP) UniMAP dengan kolaborasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan program 'Business Plan' dan 'Show & Respon' Produk Penyelidikan Pelajar Ke Arah Pengkomersilan. Program ini telah diadakan pada 21 - 26 Januari 2014 yang lalu bertempat di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Objektif utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lagi pelajar mencipta dan menghasilkan produk-produk yang berdaya saing serta mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dalam dan luar negara.

    PPKSE telah menghantar 2 pasukan yang diketuai oleh En Gomesh dan En Ahmad Zaidi. Daripada keseluruhan pasukan En Ahmad Zaidi yang mempertaruhkan produk wireless smart switch telah berjaya mendapat tempat ke-2 dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000 , plaque dan sijil. Ini membuktikan PPKSE UniMAP mampu menandingi universiti lain. Jutaan tahniah diucapkan kepada delegasi PPKSE yang telah mengharumkan nama PPK kita di persada tanah air.

  • PPKSE Kongsi Ilmu Tenaga Boleh Diperbaharui Dengan Pelajar Sekolah

    Arau, 18 Januari 2014 – Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, telah menganjurkan satu program pemindahan ilmu mengenai tenaga boleh diperbaharui (angin) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau.

    Antara lainnya, program tersebut bertujuan untuk member pendedahan kepada pelajar tentang tenaga yang boleh diperbaharui dan kepentingan untuk masyarakat menggunakannya dalam kehidupan seharian.

    Dekannya, Dr. Mohd. Fareq Abdul Malik berkata, selain itu, ianya juga diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar terhadap bidang Sains dan Matematik sejak di peringkat persekolahan lagi.

    Ujar beliau, selain  pendedahan mengenai pengenalan dan teori tenaga boleh diperbaharui, program ini juga melibatkan aspek praktikal di mana pelajar membuat eksperimen mengenai tenaga boleh diperbaharui (angin), dengan dibantu oleh tujuh fasilitator dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, UniMAP.

    “Umum menyedari sumber tenaga konvensional seperti minyak dan gas asli akan kehabisan pada satu hari nanti, justeru pendedahan awal di kalangan pelajar sekolah ini dilihat penting untuk pelajar memahami konsep tenaga diperbaharui itu sebenarnya.

    “Selain itu, perkongsian ini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial universiti (USR) terutama dalam membudayakan bidang sains dan teknologi di kalangan generasi muda,” ujarnya.

    Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 SMKA Arau telah menyertai program pemindahan ilmu tersebut yang berlangsung di makmal fizik SMKA Arau.

    Mohd. Fareq berkata, UniMAP turut mengambil peluang menerusi program tersebut untuk mempromosikan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di UniMAP terutama di bawah PPK Sistem Elektrik selain peluang kerjaya sebagai jurutera elektrik.

    “Alhamdulillah, program sehari ini berjaya mencapai objektifnya dan hasil kaji selidik yang dibuat para pelajar amat berminat dengan program pemindahan ilmu tenaga boleh diperbaharui (angin) ini,” ujarnya.

  • PPKSE Ungguli Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP 2013

    Pauh Putra - PPK Sistem Elektrik mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP 2013 yang telah berlangsung pada 25 - 27 Oktober 2013 bertempat di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Pauh Putra. Pada kejohanan tersebut PPKSE telah meraih 7 emas, 9 perak dan 2 gangsa. Pada majlis penutup kejohanan tersebut, seorang pelajar PPKSE telah dianugerahkan olahragawati pelajar terbaik dan staff PPKSE Ir Hj Pungut Ibrahim telah dianugerahkan olahragawan vetren terbaik.


    Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dikalangan pelajar dan staff seterusnya mengeratkan lagi ukhwah diantara pelajar dan juga staff PPKSE khasnya dan UniMAP umumnya.

    Pemilihan bagi mencari bakat-bakat baru untuk mewakili PPKSE telah diadakan sebulan sebelum kejohanan ini berlangsung dan latihan telah dijalankan pada setiap petang menjelang kejohanan tahunan ini. PPKSE yang diwakili dengan warna hijau epal juga mempamerkan 'Ninja Tutle' sebagai maskotnya.

    Semoga dengan kejayaan yang julung-julung kalinya ini, akan menjadi penyuntik kepada semua pelajar bagi lebih berusaha dan seterusnya mengekalkan gelaran Johan Keseluruhan pada tahun-tahun akan datang.

  • PPKSE Anjur Bengkel Latihan Penjanaan Tenaga Boleh Dibaharui

    Bengkel Latihan Penjanaan Tenaga Boleh DiBaharui telah dianjurkan pada 7 hingga 8 Oktober 2013 yang lalu. Bengkel ini adalah salah satu bentuk latihan yang dianjurkan untuk memberi pendedahan teori dan praktikal kepada pensyarah-pensyarah PPK Sistem Elektrik. Bengkel latihan ini akan menyumbang kepada salah satu dari tujuh latihan yang perlu diikuti oleh staf UniMAP.

    Seramai 15 orang peserta yang terdiri dari para pensyarah dari PPK Sistem Elektrik telah mengikuti bengkel latihan tersebut. Bengkel ini berjaya mencapai objektif utama ia dijalankan iaitu untuk memberi pendedahan tentang penjanaan tenaga elektrik dari sumber tenaga matahari dan tenaga angin kepada tenaga pengajar bagi PPK Sistem Elektrik. Di dalam bengkel tersebut, para peserta diajar menggunakan dua jenis peralatan tenaga boleh dibaharui iaitu PV Professional dan Wind ready-to-go. Hasil usahasama diantara PPK Sistem Elektrik bersama LexSolar Asia Sdn Bhd, ia dapat membuka ruang dan memberi peluang kepada para peserta untuk beriteraksi dan berkongsi kepakaran bersama pengarah urusan syarikat tersebut yang didatangkan khas dari German.

    LexSolar Asia Sdn Bhd telah menghantar pengarah urusan mereka sendiri iaitu Ronny Timreck beserta dua pembantu iaitu Haris Adnan dan Azemina untuk memberi tunjuk ajar merangkap menjadi pelatih kepada para peserta sepanjang 2 hari bengkel tersebut dijalankan.

     

  • Sistem E FC Johan Kejohanan Bola Sepak Piala Feskon 8

    Pasukan bola sepak pelajar PPK Sistem Elektrik (Sistem E FC) menjadi johan bagi kejohanan bola sepak Piala Feskon 8 yang dianjurkan Sekretariat Feskon 8 pada 22 September 2013 yang lalu. Kemenangan diperolehi dengan menewaskan pasukan Mikroe FC dengan jaringan 1-0.

    Dengan kemenangan ini pasukan Sistem E FC membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1,500 beserta trofi. Pengurus pasukan, En Mohd Faizal Zahir Mohd Zahir berkata beliau amat berpuas hati dengan pencapaian pasukannya yang dianggotai oleh pelajar PPK Sistem Elektrik.


    Dengan kemenangan ini, pasukan Sistem E FC akan menyertai perlawanan persahabatan dengan pasukan Prince Sokhla University (PSU) pada 16 November 2013 di Kampus PSU bersempena dengan Program Sukan Persahabatan.

  • Datuk Zakiah Hanum Terima Ijazah Kehormat UniMAP

    Kangar, 22 September – Bekas Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Zakiah Hanum Abdul Hamid dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pada Istiadat Konvokesyen Ke-8 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

    Pemilihan Zakiah Hanum dibuat selepas menilai segala sumbangan dan jasa beliau terutama dalam aktiviti pendokumentasian sejarah Negara yang aktif dan vibran melalui Arkib Negara Malaysia, kata Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin.

    Menurut beliau, meskipun UniMAP merupakan sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan, namun atas semangat patriotisme yang tinggi serta inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengingati sejarah, maka pemilihan Zakiah Hanum adalah yang paling tepat.

    “Kebelakangan ini sering berlaku pelbagai isu yang turut mengaitkan sejarah negara yang mana timbulnya situasi dan usaha untuk mengubah fakta sejarah terutama isu di Lahad Datu. Maka atas dasar itu, UniMAP merasa terpanggil untuk mengajak masyarakat untuk tidak melupakan sejarah.

    “Atas dasar itu jugalah UniMAP merasakan penganugerahan ini sebagai satu usaha kecil kami untuk menghargai sejarah dan tokoh-tokohnya. Justeru, adalah penting bagi seluruh masyarakat dan anak-anak graduan UniMAP khasnya untuk menjadikan beliau sebagai ikon sejarah anda,” ujar beliau.

    Penyampaian Ijazah Kehormat tersebut diadakan pada satu majlis ringkas selepas sidang ketiga Istiadat Konvokesyen. Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP berkenan menganugerahkan Ijazah tersebut.

    Bagaimanapun, Zakiah Hanum tidak dapat hadir menerima Ijazah tersebut atas masalah kesihatan dan anak lelakinya, Mukhlis Datuk Mohammad hadir menerima bagi pihak beliau.

    Mukhilis ketika ditemui melahirkan rasa terharu atas penganugerahan tersebut dan berharap agar UniMAP terus melaksanakan tanggungjawab nasional dengan memartabatkan sejarah.

    “Sememangnya sesuatu yang mengejutkan apabila menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan. Namun saya percaya, biar apa pun bidang pengajian kita, Sejarah adalah sesuatu yang tidak boleh dilupa.

    “Saya mewakili ibu saya, amat terharu dengan penganugerahan ini. Saya percaya sekiranya ibu sedar dan sihat untuk menerima anugerah ini, beliau pasti gembira,” ujarnya.

    Zakiah Hanum kini sedang terlantar sakit akibat penyakit Dimertia. Difahamkan beliau kini tidak lagi mampu berkomunikasi selain turut mengalami gangguan ingatan.

  • Kejohanan Sukan (Pelajar-Staff) PPK Sistem Elektrik

    Persatuan Pelajar Kejuruteraan Sistem Elektrik (PERKASE) with cooperation School of Electrical Systems Engineering (PPKSE) organized "Kejohanan Sukan (Pelajar-Staff) PPK Sistem Elektrik" on 7th of October 2012 ago. This programme wasaim to pick talents in field of sports and tighten further relationship among students and PPKSE staff. Various events being contested such asfootball, futsal, volleyball and netball.

    Register to read more...

  • What's New in 1.5?

    As with previous releases, Joomla! provides a unified and easy-to-use framework for delivering content for Web sites of all kinds. To support the changing nature of the Internet and emerging Web technologies, Joomla! required substantial restructuring of its core functionality and we also used this effort to simplify many challenges within the current user interface. Joomla! 1.5 has many new features.

    In Joomla! 1.5, you''ll notice:

    • Substantially improved usability, manageability, and scalability far beyond the original Mambo foundations
    • Expanded accessibility to support internationalisation, double-byte characters and right-to-left support for Arabic, Farsi, and Hebrew languages among others
    • Extended integration of external applications through Web services
    • Enhanced content delivery, template and presentation capabilities to support accessibility standards and content delivery to any destination
    • A more sustainable and flexible framework for Component and Extension developers
    • Backward compatibility with previous releases of Components, Templates, Modules, and other Extensions
493612
Your IP: 10.101.2.21
Server Date: 25-06-2017

Contact Us

School of Electrical Systems Engineering
Universiti Malaysia Perlis
Pauh Putra Campus
02600 Arau, Perlis
 
Phone: +604-9885601 Fax: +604-9885602