Program Sehati Sejiwa PPKSE bersama The 3rd Force (SSSE2016)

28 Mei, Sabtu - Sukacita dimaklumkan Program Sehati Sejiwa PPKSE bersama The 3rd Force (SSSE2016) telah dilaksanakan di Batu Balai, Kuala Krai, Kelantan dengan jayanya. Program ini merupakan Program Hari Keluarga yang berbentuk Tanggungjawab Sosial Komuniti (CSR). "Program ini juga merupakan satu usaha mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua staf melalui Hari Keluarga dan pada masa yang sama juga untuk meningkatkan penglibatan staf dalam menyumbang kepada pihak yang memerlukan terutama golongan yang kurang berkemampuan." kata Dr Haziah Abdul Hamid, Dekan PPKSE dan penaung program Sehati Sejiwa.

Bertitik tolak dengan hasrat ini, pihak PPKSE telah berusaha untuk mengadakan kolaborasi bersama The 3rd Force berpusat di Kelantan Darul Naim. The 3rd Force ini mensasarkan golongan asnaf di sekitar Kelantan dan kini telah berkembang ke serata tanah air. Antara projek yang sedang dilaksanakan ialah penyediaan penempatan berupa rumah kediaman kepada golongan asnaf di Kuala Krai, Gua Musang dan Tumpat, Kelantan.

Usaha ini telah membuahkan hasil di mana hasrat PPKSE telah diterima baik dan dijemput oleh The 3rd Force untuk mengadakan lawatan awal bagi perbincangan lanjut berkenaan kerjasama ini pada 4hb dan 5hb Mac 2016 yang lalu dan pihak The 3rd Force telah sudi untuk memperuntukkan slot khas kepada program SSSE PPKSE 2016 yang dijadualkan pada 28hb Mei 2016.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Mengeratkan hubungan antara universiti dan komuniti setempat menerusi servis khidmat masyarakat dengan keupayaan dan kepakaran masing-masing.
  2. Memupuk kesedaran dan rasa syukur di kalangan semua staf ke arah menjadi rakyat Malaysia yang prihatin melalui pendedahan kisah-kisah masyarakat yang kurang berkemampuan.
  3. Memberi bantuan dari segi sumbangan teknikal beberapa unit Portable Emergency Uninteruptible Universal Power Supply Kit (P-2Ups Kit) oleh Pasukan EPS Kit PPKSE kepada The 3rd Force.
  4. Memberi bantuan dari segi sumbangan tenaga kerja pembersihan, pendawaian elektrik dan pempaipan oleh Pasukan CSR PPKSE di penempatan rumah kediaman asnaf yang telah dibina oleh The 3rd Force.


PERLAKSANAAN
Program ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tempat/ Lokasi : Projek Penempatan Asnaf di Batu Balai, Kuala Krai, Kelantan
Tempoh : 3 hari
Tarikh : 27-29 Mei 2016
Jumlah Staf dan keluarga : 80 orang

"Sehubungan dengan itu, pihak PPKSE UniMAP merasakan adalah penting untuk staf-staf PPKSE terlibat dalam program ini bagi memupuk kesedaran dan rasa syukur di kalangan semua staf ke arah menjadi rakyat Malaysia yang prihatin melalui pendedahan kisah-kisah masyarakat yang kurang berkemampuan sebagai salah satu platfom memperoleh pembelajaran sepanjang hayat." ujar Dr Muhammad Mokhzaini Azizan, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni PPKSE, yang juga merupakan peneraju program Sehati Sejiwa PPKSE.

kelantan2016 10 20160603 1106018600

kelantan2016 3 20160603 1307678312

kelantan2016 15 20160603 1208780638

kelantan2016 1 20160603 1844804763

Untuk permulaan, kumpulan penyelidik EPS-ReST yang diketuai Pn. Ami Nurul Nazifah binti Abdullah yang juga bertindak sebagai pengarah program SSSE2016 ini berhasrat menyumbang dan dalam usaha menyiapkan 1 unit Portable Emergency Uninteruptible Universal Power Supply Kit (P-2Ups Kit) yang juga dilengkapi audio sistem kepada sukarelawan The 3rd Force sebagai bekalan elektrik asas mudah alih untuk kegunaan sukarelawan The 3rd Force dalam membantu golongan Asnaf di kawasan pedalaman. Selain menyumbang hasil penyelidikan, PPKSE juga telah memberi servis komuniti dengan menyumbang tenaga kerja pendawaian elektrik dan pembersihan penempatan rumah kediaman asnaf yang telah dibina oleh The 3rd Force. Sebanyak 2 unit rumah teres 1 tingkat telah berjaya disiapkan oleh peserta.Semoga jalinan usahasama dengan The 3rd Force ini dapat diteruskan di masa hadapan ke arah usaha memupuk nilai-nilai murni di kalangan staf PPKSE serta segenap masyarakat.

kelantan2016 4 20160603 2007373330

kelantan2016 8 20160603 2020924413

kelantan2016 11 20160603 1423128130

kelantan2016 14 20160603 1348056335

"Rising by Lifting Others"

#SSSE2016 #SehatiSejiwaPPKSE
#teamPPKSE #csrPPKSE
#The3rdForce #EPS-ReST

493644
Your IP: 10.101.2.21
Server Date: 25-06-2017

Contact Us

School of Electrical Systems Engineering
Universiti Malaysia Perlis
Pauh Putra Campus
02600 Arau, Perlis
 
Phone: +604-9885601 Fax: +604-9885602

kpt baru   mqa png